Monday, May 16, 2011

Penjenamaan Semula Produk : Maybank Gold Investment Account

Hari ini bank terbesar di Malaysia iaitu MAYBANK membuat penjenamaan semula produk Gold Investment Account kepada Maybank Gold Investment Account untuk rakyat Malaysia bagi membuat pelaburan di dalam simpanan emas secara elektronik.



Penjenamaan ini dilihat amat penting kerana telah banyak wujudnya bank-bank di negara ini yang memperkenalkan pelaburan emas. Disamping itu juga saingan daripada ArRahnu (Pajak gadai Islam) yang menggerakkan lagi aktiviti ekonomi dalam proses gadaian emas fizikal dan upah simpan yang murah dilihat sebagai alternatif kepada sistem gadaian konvensional dan persaingan ini dilihat amat memberangsakan dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan emas dalam kehidupan ataupun sebagai pelaburan jangka panjang.

Kemudahan kepada pelabur baru amat mudah dengan memulakan simpanan dengan kadar 1 gram sahaja dan ini pasti merancakkan lagi aktiviti pelaburan emas dalam bentuk elektronik yang disandarkan kepada emas fizikal (Pamp SA) serta turun dan naik pasaran emas di pentas global.

Walaupun ini dilihat sebagai revolusi positif namun pihak Maybank masih kekurangan di dalam bentuk transaksi secara online dan ini adalah cabaran bagi Maybank untuk mempertingkatkan sistem mereka supaya lebih menarik untuk pelanggan berurusniaga secara online dan jika mampu boleh menawarkan jual beli produk emas 24 jam seminggu.

Pemilikan emas fizikal juga kini semakin mendapat sambutan hangat dikalangan orang ramai dan kesedaran ini juga boleh dilihat diseluruh dunia kerana masalah ekonomi yang semakin tenat dan wang fiat terutamanya USD yang semakin menyusut serta kadar inflasi yang merungsingkan kerajaan seluruh dunia.

Artikel ini hak milik EMASFX.blogspot.com